Di kesempatan ini, ingin ana ucapkan selamat meneruskan mujahadah untuk baki Ramadhan kita.. Sekejap je kan? Ramadhan dah nak meninggalkan kita.Namun adakah Ramadhan yang berlalu telah kita hargai sebaiknya?
Jom kita muhasabah amalan kita dalam Ramadhan yang telah berlalu..Mungkin kita boleh perbaiki dalam masa-masa yang masih ada..
Banyak yang dah buat atau banyak yang belum kita laksanakan?
Masih ada masa.. Elakkan Ramadhan kali ini sama sahaja dengan Ramadhan yang lalu. Juga jangan biarkan Ramadhan kita lebih teruk berbanding Ramadhan tahun lalu..
Kata Pepatah Arab, “Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celakalah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam”
Jom kita mulakan hidup kita dengan minda yang positif dan hidup yang ceria..
0 comments:
Post a Comment