Thursday, August 6, 2009

Laskar Pelangi di Dewan Tuanku Syed Putra

oleh PMIUSM



Assalamualaikum w.b.t.
Persatuan Pelajar Indonesia Universiti Sains Malaysia akan menganjurkan Diskusi Novel Laskar Pelangi karya Andrea Hirata dan Tayangan Filem Laskar Pelangi. Diskusi novel akan diadakan di Dewan Kuliah A pada jam 8.30pagi. Manakala tayangan filem Laskar Pelangi pula akan diadakan jam 8.00 malam bertempat di Dewan Tuanku Syed Putra(DTSP). Kedua-dua program ini akan berlangsung pada 18 Julai 2009.Tiket untuk mengikuti tayangan filem Laskar Pelangi boleh didapati di kaunter foyer dewan kuliah dengan harga RM5.Kaunter tiket dibuka bermula sekarang hingga 17 Julai 2009.


Sinopsis ringkas Laskar Pelangi

Sebuah adaptasi sinema dari novel fenomenal LASKAR PELANGI karya Andrea Hirata.

Hari pertama pembukaan kelas baru di sekolah SD Muhammadyah menjadi sangat menegangkan bagi dua guru luar biasa, Muslimah (Cut Mini) dan Pak Harfan (Ikranagara), serta 9 orang murid yang menunggu di sekolah yang terletak di desa Gantong, Belitong. Sebab kalau tidak mencapai 10 murid yang mendaftar, sekolah akan ditutup.



Hari itu, Harun, seorang murid istimewa menyelamatkan mereka. Kemudian 10 orang murid tersebut dinamakan sebagai Laskar Pelangi oleh Bu Muslimah, yang menjalin kisah yang tak akan dilupakan.

5 tahun bersama, Bu Mus, Pak Harfan dan ke 10 murid yang mempunyai keunikan dan keistimewaannya masing masing, berjuang untuk terus dapat bersekolah. Di antara berbagai tentangan berat dan tekanan untuk menyerah, Ikal (Zulfani), Lintang (Ferdian) dan Mahar (Veris Yamarno) dengan bakat dan kecerdasannya muncul sebagai pendorong semangat sekolah mereka.

Di tengah upaya untuk tetap mempertahankan sekolah, mereka kehilangan idola yang mereka cintai. Sanggupkah mereka bertahan menghadapi cubaan demi cubaan?

Filem ini dipenuhi kisah tentang cubaan yang dihadapi dalam kalangan orang yang miskin, dan kisah penuh haru tentang perjuangan hidup menggapai mimpi, serta keindahan persahabatan yang menyelamatkan hidup manusia, dengan latar belakang sebuah pulau indah yang pernah menjadi salah satu pulau terkaya di Indonesia.



Filem ini banyak memberi iktibar dan pengajaran bagi bakal guru dan para pelajar. Watak seorang guru yang ditonjolkan oleh Bu Mus ini sudah cukup untuk menyuntik semangat para guru yang bakal berhadapan dengan dunia persekolahan. Walau bagaimanapun, filem yang sarat dengan mesej ini secara tidak langsung telah mengetengahkan sedikit sebanyak berkenaan sistem pendidikan yang sewajarnya bagi setiap negara. Apa yang ingin digariskan ialah sistem pendidikan adalah tunjang utama untuk mendidik anak bangsa yang bakal mewarisi setiap peralihan generasi. Hakikat sistem pendidikan negara tidak dapat tidak haruslah diterima dan di teliti dengan sewajarnya untuk kemaslahatan generasi akan datang.

0 comments: