Friday, August 28, 2009

16 Petua dari Dapur

Entry kali ini, ana nak kongsi dengan sahabat-sahabat tentang petua di dapur. Ana tak nak letak banyak-banyak, nanti ada yang borring nak baca.. Biasanya orang tua-tua mahir bab-bab ni, dan kita orang muda sekarang banyak yang kita tidak tahu. Jangan lupa, dapur akan menjadi teman rapat kita juga suatu hari nanti, buat yang belum kahwin lagi la. Yang dah kahwin, pasti memahami. Dan tidak salah untuk kaum lelaki turut belajar tentang petua di dapur ni. Nanti boleh tolong isteri.. Selamat belajar dan mencuba =)


1. Sayur kekal segar. Cuci sayur dengan air dan masukkan dalam beg plastik. Simpan dalam peti sejuk.Sayur tahan lebih seminggu.

2. Ikan tetap segar. Siang ikan dan buangkan isi perut dan insang. Tak perlu dicuci. Bungkus dalam kertas surat khabar lama dan masuk plastik. Simpan peti dingin beku.

3. Hilangkan hanyir ikan. Setelah disiang, rendamkan ikan dalam air dicampur limau nipis atau limau kasturi selama 30 minit. Bau hanyir akan hilang.

4. Ikan atau ayam tak lekat di kuali. Untuk mengelakkan ikan atau ayam melekat di kuali, minyak hendaklah memenuhi ikan atau ayam. Minyak itu hendaklah dipanaskan terlebih dahulu sebelum masukkan ikan atau ayam. Renjis sedikit air, jika hilang bunyi berdesir, boleh masukkan ikan.

5. Khasiat air beras. Apabila membasuh beras jangan dibuang airnya kerana boleh membasuh ikan. Kemudian siramkan ke atas pokok bunga. Pokok akan tumbuh subur.

6. Elakkan periuk kenduri jadi hitam. Sebelum memasak pada majlis kenduri kendara, sapu minyak masakpada bahagian luar periuk itu. Ia akan mudah dicuci.

7. Bawang kopek tahan lama. Untuk memudahkan kerja memasak, bawang boleh dikopek awal tetapi jangan dibasuh. Simpan dalam bekas plastik dan masuk peti sejuk.

8. Tulang dan daging cepat empuk. Rebuskan bersama daun nangka muda ataupun rebuskan bersama sebatang sudu atau garfu. Daging akan cepat empuk.

9. Membasuh buah-buahan. Untuk menghilangkan kesan bahan kimia pada kulit buah-buahan seperti epal atau pir, basuh buah itu dengan air garam dan bilas dengan air biasa.

10. Pisau tak berkarat. Setelah menggunakan pisau, basuh dengan air bersih dan lap kering. Kemudian barulah disimpan.

11. Kacang cepat kembang. Untuk merebus kacang hijau atau kacang dal memakan masa. Rendam kacang itu dengan air selama 3 jam sebelum direbus. Ia akan cepat kembang.

12. Elakkan getah nangka. Sapukan pisau dengan minyak masak sebelum membelah nangka. Tangan juga boleh disapu minyak jika terkena getah nangka. Gosok dengan kain buruk dan cuci bersih.

13. Bersihkan pengisar. Untuk menghilangkan bau pengisar selepas mengisar cili atau bawang, kisar sedikit hampas kelapa dengan sedikit air untuk menghilangkan bau dan daki.

14. Santan lebih pekat. Untuk mendapatkan santan lebih pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air hingga kelapa hancur. Kemudian perah seperti biasa.

15. Kelapa parut tahan lama. Agar kelapa parut anda tahan lama, simpan dalam peti beku. Ia tahan 1 - 2 minggu.

16. Kelapa parut beku. Untuk melembutkan kelapa parut yang beku, keluarkan ia 2 jam sebelum digunakan agar ia lembut. Tuangkan sedikit air panas dan kisarlah seperti biasa.


0 comments: