Wednesday, November 10, 2010

Kenangan Jambori Nisa' 2009




JOM DAFTAR UNTUK JAMBORI 2010..
PASTI ADA KELAINANNYA..NANTIKAN..
DAFTAR DAN SERTAI KAMI

Baca lagi..

Saturday, November 6, 2010

JAMBORI NISA' 2010


JOM SERTAI JAMBORI NISA'..
DAFTAR SEGERA




Klik pada gambar untuk imej yang lebih jelas

Lawati kami di
http://nisapp.blogspot.com/

Baca lagi..

Tuesday, October 12, 2010

Seloka Rindu Radix



Baca lagi..

Monday, October 11, 2010

PELANCARAN HPA INTERNATIONAL CENTRE (HPA ic)



Majlis Pelancaran Menara HPA International Centre & HPA Halal Mall
23 Syawal 1431H/2 Oktober 2010

Kejayaan perniagaan umat Islam. Al-hamdulillah..
Sama-samalah kita turut menyokong produk umat Islam demi kejayaan bersama.
Semoga Allah terus memberi kemudahan kepada perjuangan HPA. Amin..


Baca lagi..

Tuesday, October 5, 2010

KEM CUTI SEKOLAH (DARJAH 4 & 5)-DAFTAR SEGERA


JOM MENDAFTAR SEKARANG..
TEMPAT ADALAH TERHAD !!



Klik pada gambar untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.

  • Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mendapatkan borang penyertaan, boleh hubungi:
Cik Ain (019-525 5652), Cik Azura (013-480 2012)
En. Saiful (019-411 2919), En. Hafiz (013-422 9190)


Baca lagi..

Sunday, October 3, 2010

Saham Akhirat- Jom Laksanakan Wakaf..


Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam.

Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏
﴿ رواه مسلم ﴾

Maksudnya :-

“ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya.

( Hadis Riwayat Muslim )

HIKMAH BERWAKAF

Allah s.w.t berfirman didalam surah Al-Imran ayat 115 yang bermaksud:

Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah Allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat dalam ibadah wakaf ialah:

  • Menzahirkan pengabdian diri kepada Allah s.w.t
  • Sebagai langkah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t
  • Mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia
  • Berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar Islam.
  • Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
  • Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat Islam di Negara ini khususnya.




Baca lagi..

Batasan Dalam Bergurau Senda

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:


”Celakalah orang yang berbicara lalu mengarang cerita dusta agar orang lain tertawa. Celakalah !” (Riwayat Abu Daud)

Huraian :

  1. Kelakar adalah perbuatan, kata-kata dan sebagainya yang dapat menggembirakan atau yang dapat menggelikan hati orang lain. Sinonimnya adalah jenaka, lawak dan gurau senda.
  2. Membuatkan orang lain senang hati adalah termasuk dalam amal kebajikan dan Rasulullah s.a.w juga selalu berjenaka dengan ahli keluarga dan para sahabat baginda.
  3. Namun begitu bergurau mempunyai adab-adab tertentu yang telah digariskan oleh Islam seperti:
  • Tidak menjadikan aspek agama sebagai bahan jenaka seperti mempersendakan sunnah Rasulullah s.a..w .
  • Gurauan tersebut bukan merupakan cacian atau cemuhan seperti memperlekehkan orang lain dengan menyebut kekurangannya.
  • Gurauan itu bukan ghibah (mengumpat) seperti memburukkan seseorang individu dengan niat hendak merendah-rendahkannya.
  • Tidak menjadikan jenaka dan gurauan itu sebagai kebiasaan.
  • Isi jenaka adalah benar dan tidak dibuat-buat.
  • Bersesuaian dengan masa, tempat dan orangnya kerana adalah tidak manis bergurau di waktu seseorang berada dalam kesedihan dan sebagainya.
  • Menjauhi jenaka yang membuatkan orang lain ketawa secara berlebihan (ketawa terbahak-bahak) kerana banyak ketawa akan memadamkan cahaya hati.
  • Sesungguhnya Rasulullah s.a.w apabila ketawa baginda hanya menampakkan barisan gigi hadapannya sahaja, bukan ketawa yang berdekah-dekah, mengilai-ngilai atau terkekeh-kekeh dengan maksud bahawa selaku seorang muslim kita hendaklah sentiasa menjaga batas kesopanan dalam ertikata yang sepatutnya.


Baca lagi..